BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 24, 2010

My Bling Moment : Breastfeeding

Mari turut serta MySuperKids
Ibu support pelancaran BLOG SUSU SIHAT
Sekalung Budi buat BLING BUUBIES


Kepesatan arus permodenan kerap mempengaruhi pemikiran dan budaya hidup bagi mereka yang bergelar ibu bekerjaya. Dewasa ini penyusuan susu ibu dianggap leceh, kolot dan memalukan. Tapi bagi ibu, anggapan itu adalah satu kekalahan besar seorang ibu. Walau terdapat deretan dan lambakan SUSU FORMULA yang dicanang kehebatannya, tapi belum ada yang dapat menandingi KEHEBATAN SUSU IBU. SUSU IBU permulaan kejayaan dan perkembangan sahsiah dan intelektual anakku.

Walau kudratku terhad, masa kian terbatas, arus rintangan yang datang bak tsunami tetapi azam dan semangatku sentiasa membakar, menjadi nadi kekuatan untuk beri yang TERBAIK untuk anak2. Inilah hadiah terbaik yang mampu ibu berikan buat kalian - Edisi Terhad : SUSU IBU.

Hubungan ini tidak akan terputus kerana darah yang mengalir dalam tubuh anak2ku, datangnya dari nutrien susu badanku . Inilah kegemilanganku sebagai seorang ibu muda. DETIK2 INDAH SEORANG IBU

P/s: join contest HERE

1 comments:

alinalan said...

huhu... good luck dear