BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label Makanan Si Manja. Show all posts
Showing posts with label Makanan Si Manja. Show all posts

Wednesday, September 22, 2010

5 kali 1 hari...

4 kali makan di rumah baby sitter

bahagi pada 4 bahagian

ni termasuk 1kali makan malam

sukatan beras untuk 5kali makan..lebih kurang 8sudu makan

Kawan2...Percaya x skrg Syura makan 4kali sehari (siang) + susu 20oz (siang) ????malam pkl 8 1 kali lagi...kalau tgk badan sure percaya la kan...kus semangat...alhamdulillah walaupon syura mula makan dikala usia 8bulan 1mggu tapi seleranya kekal sehingga ke hari ini malah bertambah selera...hati ibu mana x happy kan....

tapi tu la dia nak carrot ngan kentang saja...nak jaga aset dia tu...MATA BULAT..kene la makan carrot banyak..xpe, janji dia nak makan..so mmg menu dia sama je setiap hari..jangan paksa kalau anak xnak..bg apa yg dia suka ok!!!!...

yang penting juga..no garam no msg..seeloknya guna beras yg tiada kanji...mahal skit tp banyak mana la sangat nak dibandingkan dengan kesihatan anak kita kan...itu lebih penting...buat yg terbaik untuk anak...syura hanya makan MOGHUL BASMATHI n KASHMIR BASMATHI kerana beras ni yg ujud di rumah kami..hihihi...no kanji..baik untuk kesihatan bersama...

Friday, September 17, 2010

Syura dan pemakanannyer menjelang usia 1 tahun


Lagi 17hari Syura ada menyambut ulangtahun kelahirannya yg ke 1..sekejap masa berlalu..

Sepanjang cuti raya ni, jadual makan minum syura cam biasa as usual tiada yg berubah..kalau keluar beraya, aku pastikan masak bubur seawal pagi, bawak bekal untuk dia ..depends pada keadaan 2kali makan or 3kali makan..aku particular skit bab makan2 ni..walau dia nganga je apa di sua, yg x sepatutnya aku x bagi even mak or adik2 yg suap..

apa yg aku perasan, baby kalau diajar makan bubur yg penuh ngan perasa or garam, dia akan mula kurang selera makan menjelang 1tahun walaupon pada awalnya selera makannya membuak2..cam syura, mmg no garam no perasa..tawar je..alhamdulillah selera makan dia sama sehingga ke saat ini walau sakit terutama ketika tumbuh gigi..makan tetap makan...carrot adalah pilihan pertama dia..hihiih..

Syura pon lom minum air yg bukan2 cam vitagen or sebagainya..air masak pon tidak...cukup dengan susu ibu sebagai pembasah tekak..

pendapat berbeza..kadang org kata anak makan x berasa, kesian..makanya buh la macam2..kesannya pada 1 masa, anak mmg x selera makan..sapa risau, kita jugak..ni jugak la yg kene pada adik tiri aku..mula2 ajar makan bagi segala macam mende dan perasa..sekarang, semua xmo makan..baby x reti nak nilai rasa lagi..jadi jangan la ajar menda2 yg dia x sepatutnya makan sblm usiannya..

Friday, July 16, 2010

Sweet Corn Porridge

ready to eat

3kali makan

Jagung mentah tu hiasan semata..hihih

setelah di campo

Sedap bubur Syura arini..ni gara2 semalam nampak jagung kat Cold Storage..x sangka lak kami sejiwa, balik2 ayah belikan jagung rebus 5 tongkol..hihihi

arini ibu bekalkan adik bubur jagung..memang sedap..manis2 gitu

Beras Basmathi 4 sudu penuh
1/2 tongkol jagung yg saiz besar

biasanya ibu akan masak bubur 0 sebelom tdo..so bgn pagi just hiris jagung dan cincang sampai hancus..masukkan dlm bubur 0 tadi..reheat balik bubur 0 + jagung tadi selama lebihkurang 20min..slow fire ok..bagi jagung tu empuk sehingga leh dilenyek..sudah siap, masuk dalam bekas comel untuk 3 kali makan..

Thursday, June 10, 2010

BAGAIMANA ianya TERJADI?????

Sejurus dilahirkan

Semua sedia maklumkan Syura baru je PANDAI makan...

Agak2 apakah puncanya dia tetiba laju makan sedangkan sblm ni nak abihkan 1 sudu pon SANGAT la BECINTA....

Aku rasa yakin dengan jawapan aku....SHAKLEE yg aku beli DISINi..lepas aku makan menda ni, esoknya dia mula tunjuk selera makan...hati aku lak TERDETIK nak masakkan bubur pagi tu..masak skit je..sekali laju lak makannya...

Mgkn sbb vitamin tu serap dalam badan dan keluar melalui SUSU IBU..hik hik...

Tuesday, June 8, 2010

Sedap mamam shhayer...!!!!

ni la muka budak JAKUN duk dlm buai. x tidonyer...x biasa..

sidap sedia ke rumah mama. 3kali sehari ok!!..itulah MANGKUK TINGKAT saya

bubur carrot

ditambah sedikit hirisan ayam
.
Hai kawan!!!!..sekarang saya dah pandai makan..sedap ibu saya masak..tapi saya nak bubur nasi yg fresh saja yer..bolehkan ibu???...saya x nak puree2 tu semua..x sedap...

makanya, 5.30am ibu akak terjaga dr lena tuk masak bubur si bulat nih..xpe, asalkan syura nak makan, ibu akan masak...ibu sayang anak2 ibu ok!!!...

syura ni, nak bubur nasi fresh je...xmo tapis2..nak lembut2 kasar2 gitu je...konon cam dah besar ekk??..layan je la tekak dak bulat nih...

nampak x bekas bubur saya??cantikkan kawan2!!!..kreatif ibu saya ni..walau saya x minum FM tp bekas bubur saya adalah bekas susu FM...brand ANAKKU..hihihi...

nampak x sudu saya?? ha, ni kak tina pilih untuk saya..ibu suh kak tina pilih kat MANJAKU yg kecik je sbb mulut saya COMEL..hihihihi..jumpa la brand FITTI...kiut kan???

resepi:
4 sudu beras basmathi
5biji baby carrot
sedikit hirisan ayam

mula2 ibu akan rendam beras dlm mangkuk ngan air panas malam hari..sok subuh ibu bangun n masak..carrot tu ibu sagat guna sagat timun yg paling halus...masukkan sedikit hirisan ayam sebagai bahan perasa...bila semua dah lembut, makan siapla bubur saya....

SELAMAT MENJAMU SELERA KAWAN2

P/S: Syura tetap minum susu 20oz sehari....


Wednesday, May 26, 2010

Selera Syura

Nampak x isi udang?? yummmyyy

Seperti sedia maklum, cik Syura kita blm makan kan?..tp arini ibu cuba masakkan bubur sbb time mkn ngan Yaya, Syura nak mkn bubur Yaya.. apa yg ibu perasan, bubur Yaya ada udang or ayam..jdnya ibu cuba buat untuk Syura..nan x nak, kene ajar gak mkn sbb umur hampir cecah 8bulan kan...

bahan2:
udang 1 ekor
beras basmathi 2 sudu
sedikit russet potato

seperti biasa masak bubur, kejap je hancur sbb guna beras basmathi, no kanji ok!!..cincang seekor udang sebagai perasa dan masukkan sedikit kentang..kentang russet ok!!!..ibu x suka kentang holland, keras n x gebu...

bila da msk n sebati, sedia untuk dimakan..1 more thing, no tapis2 ok!!..Syura xmo

Review from Mama:
Syura nak makan dah berbanding dulu cuma x la cam dak2 lain yg nganga cam pirana..syura agak slow n steady..amik masa nak suap makan..alhamdulillah juga, even makan udang, syura xde alahan..kulit dia mmg bukan jenis sensitif..even peluh sakan, tido berbedung , belom penah lagi badan dia naik ruam..syukur...

tq Mama sbb layan kerenah anak2 ibu nih..

P/s: Mama = baby sitter..

Friday, April 2, 2010

Makanan pertama Syura

Carrot n Labu yg sedia untuk di kukus..

Dalam steamer hadiah kawin..hahah
Sebelah tu bekas nak simpan puree

Blender baru..yg lama rosak, motornya dah xleh jalan..maklumla dah hampir 6 tahun berumahtangga..Blender ni leh buat ais krim tau..

Tara....ini Puree labu yer..dapat 2 bekas kecil bersamaan 5sudu besar..

Ni lak carrot..dapat 3 bekas bersamaan 6 sudu besar

Meh citer skit sejarah hidup..Dulu aku chef hotel..nak kata chef sangat tu tidak la, tp ada la pangkat DEMI CHEF..keje of course la masak memasak..aku specialist bahagian Western n Italian..Benti keje hotel sbb xde masa untuk family, weekend x cuti, keje bagai nak gila..tapi gaji mmg syoookk la...

Ok, cukup citer tu..now masuk citer 1st solid food cik bam...Arini ibu dah siapkan Puree Carrot n Puree Labu..almaklumla, kami ni kaki rayap..kot2 la Ahad ni nak kuar, leh la terus panaskan je puree tu..bubur kosong kejap je nak masak...

Puree Carrot
Baby Carrot 10biji
Air masak (sedikit)

Puree Labu
Labu 1/4 biji yg kecil
Air masak (sedikit)

Carrot n Labu tu dipotong kecil2..kalau leh saiz lebih kurang sama supaya sekata empuknya.Elok di kukus dr direbus..kalau rebus, zatnya keluar bersama air..kalau kukus, maintain gitu je...Labu cepat empuk berbanding carrot yer...Dah empuk, blend halus, tambahkan sedikit air yer..kasi betul2 hancur..Cik Bam baru nak belajar makan, kene la 100% hancur...

Permulaan ni, xleh buat banyak2..baru belajarkan, lagipon ibu blm tau tekak adik suka makanan camne..just try n error ok...pasni leh la campo bersama bubur kosong dlm 2sudu besar...rasanya cukup tuk sekali makan...