BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 20, 2009

Siapa boleh bantu???



Kawan2, td aku saja jalan2 g opis ngan anak dara 2org ni...opis baru pas renovate, mmg la sepah tp bagai nak gugur jantung aku tgk meja aku yg lagi bersepah tu..aku x reti nak buat keje kalau gini rupanya..meja aku yg dulu kalau busy sekali pon, leh nampak wana meja tu..ini meja hitam dah tukar warna putih je..hohoho

Bos aku mmg x amik assist ganti aku sbb keje aku ni, kalau nak pandai, amik masa 1-2bulan, tp x guna amik kalau pas 2bulan aku dah balik keje..nak halau mana kalau amik org baru kan..tp ni la pulak habuannya..hohoho...sedih2...

aku terpaksa berhempas pulas la balik keje nanti yer...document2 ku, tggu la aku keje nanti...

Thursday, November 19, 2009

EBM Terkini

Sori la yer, blm susun lagi...tgk gambar je, sepah2 tu jgn hiraukan..hahah

Seperti biasa, nak update EBM terkini..Kalau aku masuk blog org lain, aku sgt teruja kalau tgk gambar2 EBM depa, membuatkan aku sgt2 bersemangat..tp x tau la kalau org masuk blog aku, tgk gambar EBM, jadi menyampah atau dengki kan..hihihi...

Setakat 45hari, ini la hasil yg dapat aku kumpul kan...56 bekas dadih, 3 liners..ada la dlm 10 bekas dah aku gunakan untuk aja si kecik ni minum EBM ngan aja dia mengunakan botol..So far, alhamdulilah x menjadi masalah pada si kecilku...

Gambar ni juga aku update atas permintaan kawan2 yg juga tgh struggle kumpul EBM...jadikan la gambar ini sebagai pembakar semangat, u all pon boleh lakukan yg terbaik untuk si kecil u all sume..blm terlambat tau...teruskan usaha..rajin2 la mengepam...insyaAllah..

X lama lagi nak masuk keje, 4.12 bermula la tugas baru di opis, pam susu untuk bekalan Syura tuk hari2 seterusnya...semoga anak ibu dapat minum susu ibu selama mungkin..insyaAllah..

Sepagi di Tesco Selayang

Ni la keje Syura kalau kuar berjalan

Ni la Dhiya Sofea, anak adik aku...tgh layan mata yg sgt2 mengantuk..

Kakak sempat gak posing, konon nak naik kete ni lagi, tp ayah xde, jgn harapla..kang terbabas sapa lak nak g kejo..

Semalam aku kuar p ikut adik ipar aku g Tesco Selayang..Dia nak anta parcel tu parents dia kat Sarawak..so, sambil2 tu leh la cuci mata..Gundah gulana sehari duk umah, sosak napas den..dah biasa merayap..hahahha....Anak kecik bukan alasan hihihih...

Xde beli apa pon sbb sume stok masih banyak dan mencukupi sehingga hujung bulan, so shopping tggu hujung bulan jek la..cuma adik ipar aku jek beli pampers tuk si comel dia...

Tuesday, November 17, 2009

Time Kasih Untie Kinah n Untie Kecik




Time kasih untie kinah n untie kecik sbb bagi Syura baju ni n time kasih jugak sbb sudi lawat Syura...

Thursday, November 12, 2009

Pelawat dan Pembaca HANTU...

Pasni, kalau masih nak lawat blog aku ni, pastikan ANDA senyum sebegini dgn hati yg IKHLAS...

1st time aku nak luahkan apa yg terbuku selama aku buat blog sendiri ni..selama ni aku lihat, baca dan sabar je tp arini terdetik lak nak bagi pesan pada PEMBACA HANTU ni..aku bukan jenis nak tembak, maki, caci orang tapi arini aku harus bercakap untuk mempertahankan diri aku...hahahha

aku buat blog ni, untuk diri aku, suami aku, anak2 aku, kawan2 aku dan pada sesiapa nak baca tapi pada MANUSIA yg nak KONDEM, JELES, DENGKI bila baca blog aku, silala berhenti dr jadi PELAWAT dan PEMBACA HANTU..pi la cari blog2 lain yg sesuai ngan ANDA...

Kalau nak DENGKI, JELES cara yg sihat, di alu-alukan tp bukan dgn cara MENGUTUK, MENGATA kat sini..sorry yer, salah blog la...cuba lihat kejayaan, kebaikan orang lain dr sudut +ve bukan setakat pregnant UPT jek nak kan +ve tau...cuba fikirkan...aku x dengki ngan orang, apasal orang nak dengki ngan aku...pastu x nak mengaku..dok sorok2 identiti...x perlu nak tinggalkan komen2 ANDA yg -ve MENJAHANAMKAN bukan komen MEMBINA..

kepada sesiapa yg berkenaan or terasa ngan kata2 aku harini, MAAF ku pinta...so pikir-pikirkan la apa yg aku kata ni...teruskan niat suci ANDA kalau suci, hentikan niat BURUK anda kalau MMG BURUK...igtla, DIA akan tahu sapa anda, apa yg anda lakukan, apa yg anda niatkan..jika ANDA terus berniat BURUK dan BUSUK, tidak mustahil MUSIBAH menanti ANDA dari segi nyata atau tidak nyata...Fikir2 kan la, Renung2 kan la....bak kata Nabil "LU PIKIR LA SENDIRI"

Wednesday, November 11, 2009

Pictures taken by Qistina

ni konon2 gambar tina tgh tido..

ni lagi satu, ntah camner dia amik

permandangan dr bilik aku, nampak kaca tingkap x??hehhe

pasan x tanah merah kat kwsn lapang tu??ha..ni la kesan hujan lebat sabtu aritu, air sungai belakang tu melimpah..

Skrg ni, hphone aku asik penuh jek memorynya disebabkan anak dara aku suka amik gambar itu ini termasuk gambar sendiri..amboi...dah nak ikut jejak langkah pak ngah dia jd Photographer ker??hahahha....ada kala cantik, ada kala haru biru gambar yg dia amik...

jom kita tgk gambar yg tina amik...time ni aku tgh kusyuk pump susu..

Syura sakit mata??






Aku baru balik kenek bawak Cik Syura..dah 3hari mata dia asik bertahi jek cam org sakit mata tp tang hujung2 mata jek..nak kata bengkak or merah, xde lak..so amik keputusan bawak g kenek..

sah2 sakit mata..doc kata adik beradik sakit mata tp ni disebabkan dr ibu..Ibu??..yup2, doc kata Syura lama "diperjalanan"..so kene infection dr vaginal discharge..sapa yg mengikuti kisah bersalinku, pasti igt, aku lama di wad, doc x tolak masuk LR sbb x sakit..ni la akibatnya...hohoho

tapi doc kata sakit mata ni x bahaya, x jangkit, x gatal n x sakit pon cuma amik masa nak baik...so, doc just bagi ubat titik je la...harap Syura cepat baik...

Sblm kuar bilik doc, sempat lagi aku p timbang Syura, Wow!!..dah 4.8kg...dlm masa 1mggu dah naik 600gram...wah, patut lenguh tangan ibu kalau dokong Syura lama2...

Ni gambar2 terbaru Syura, aku amik pas balik dr klinik tadi..layannnn...

Thursday, November 5, 2009

Syura 1 month

Sempat posing 2 beranak sblm g kenek..

Ni la gambar terbaru selepas bersalin...maintain x??bak kata orang "ko tu keding"....hahahhaha

Arini aku bawak Syura g kenek 1 month..seperti biasa, aku pon kene check up gak sama cam ibu2 ngandung, untuk bulan pertama jek..seterusnya x payah...Syura x kene cucuk sbb skrg 1 month xde injection, 2nd month baru ada..so just check up biasa je la...

Syura
Tinggi: 55cm
Berat: 4.2kg
Ukur lilit kepala: 37cm

Ibu
Tinggi: 150.5cm
Berat:46kg
HB: 11.6

Ha..perasan x peningkatan berat ku dr berat asal??Misi terlaksana buat masa ni la..Sblm ni berat aku 38kg jek..kecik la sgt, melayang je rasanya..La ni naik la skit ke 46kg..hope leh maintain, minima 43kg jek..x mo rendah dr tu lagi...Medical Recommendation ialah 43kg-56kg..so aku tergolong dlm kategori OK....

Lagi satu, pasan x gambo atas tu..hahaha..aku pakai jeans kan??ni mak aku punya green light..dia kata, pakai je seluar, x yah pakai kain batik..kejap je pon...so, apa lagi, aku pakai jek la..lagi selesa nak melangkah, ke sana ke sini...dah le nak kene g lab anto darah bagai...heheheh..rupanya sume ibu yg bawak baby umur sebulan, sume pakai suar..kenek sini baby 1 bulan depa x campo ngan umur2 yg lain..so td sume umur sebulan je la....

Wednesday, November 4, 2009

Gift From Office

Syura nak nenen ibu bagi puting dulu sbb nak bergambar..sian..Ni la hadiah dr opis ibu..

Mata dah layu, layan cartoon mickey ngan kakak

Tgkla kakak tu, dia lak duduk kat baby carrier adik..(kakak punya gak dulu)

Adik tgk kakak, kakak tgk camera..

Semalam, salah seorang rakan kerjaku datang berkunjung kerumah dengan niat menghantar hadiah dr Office Team..Ingat gak dorg kat aku ekk..heheheh...Dalam kepala target depa akan bagi hamper2 biasa je, rupanya "Soothe n Play Bouncer"...Time Kasih la pada semua..

Syura xleh duk lama lagi kat bouncer tu sbb terlalu tegak, kepala Syura lom kuat, terteleng lak nanti...menda tu xleh adjust lak tu....Jom layan gambar Syura yg dipaksa bergambar, baru pas mandi of course la dia nak nenen..Kak Tina pon x ketinggalan nak bergambar sama...

Monday, November 2, 2009

Hadiah from Untie Fara



Ni la baju pemberian Untie Fara.. Sweet Syura in pink.. Time kasih Untie Fara...

Untie Fara Datang Melawat






Sabtu petang Untie Fara n husband datang melawat Syura..x sangka lak sbb Untie Fara x plan pon, tetiba je call ibu..Kami pon ada jek kat rumah..dan x sangka jugak Untie Fara dpt cari rumah..yer la, area ni apartment dah macam cendawan tumbuh...selalunya org payah nak jumpa..

Apapon, time kasih Untie Fara datang tgk Syura..Time kasih gak gift Untie Fara bg tu..nanti ibu upload gambar Syura pakai baju tu ok..