BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 29, 2010

Weekend di Kg Halaman Sungai Besar

sapa suka makan Mangga Muda????Tgh mengila buahnya di kg..sebijik pon x bawak balik KL sbb x suka makan..bawah balik yang masak je..

Syura dah geram nak metik tu..

Besar x kapal korek saya??

Muka ngantuk sbb kene bangun awal pagi..





Rentetan kejadian itu (Qistina jatuh)

MMS dr mak pagi tadi...sejuk hati tgk anak2 aman damai gini kan

Opah muda yang rela menjaga 3 cucunya

Pas kejadian tu, hubby ku marah ok tp dia cool je..selama ni hal anak mmg i lebih sbb u all paham2 la lelaki..apa2 isteri gak kan..but in this case, dia yg terminate BS 24hrs...dia yg call BS, dia yg g amik barang anak2 kat umah BS...kalau nak citer, panjang jela kan..cukup la sekadar isi2 penting..hihihi...isi kandungan ku kembangkan dlam hati je la...MAKAN HATI OK !!!!!!

Rentetan dr itu juga, anak2 skrg dijaga oleh ibuku sendiri...dulu mak xleh jaga sbb sekolah Qistina jauh dr rumah (jauh skit la)..xde transport nak anta dia sampai umah (umah adik sbb mak duk ngan adik lelaki)...next week start kat Smart Reader, transport leh anta sampai mana sekali pon..makanya mak RELA jaga cucu2 dia walau kene turun bawah bersama 2 anak kecil (syura n yaya) mereka sebaya, untuk tggu Qistina balik sekolah..tingkat 14 ok..sian mak kan tp demi cucu, demi keselamatan cucu mak gagahkan diri..aku pon kelam kabut skit sbb kene anta n amik anak2 ..tiap2 hari naik tgkt 14 tu...mau KURUS lagi ni..wakakaak..

oh yer, lupa nak habak, mak ku IBU TUNGGAL..turn anak2 pulak jaga mak kan, tp mak kene lak jaga cucu....APAMACAM??? xpe mak, yong bagi $$$$ lebih la ..I SAYANG U LEBIH...

so mak akan jaga 3 cucunya QISTINA + ASYURA + YAYA(anak adik)..Moga mereka sentiasa dilindungi OlehNya..InsyaAllah

Qistina jatuh kat umah BS



Apa perasaan korang kalau anak korang kene gini??? sakit hati, geram, sedih, sayu..mcm2 hati aku ni..aku don gila last week..dia jatuh kat umah BS tp BS x inform aku...dah smggu masih bengkak ok..xray kata ligamen koyak...jumaat ni follow up lagi..hope semua ok..

p/s: anak aku mmg aktif person..aku x salahkan anak or BS but please INFORM me anything happen...

Monday, December 20, 2010

Hubby Konvokesyen






Tahniah buat Hubby...

Aksi Merbahaya Si Bulat...



Syura Sangat Lasak. Abaikan suara Tarzan tu yer..hahahaha

video

Sunday, December 19, 2010

EBM 15 hari dibulan December

Full of DF + yang tergolek terlentang tu bakal EXP bulan Jan 2011

128oz untuk 15hari pertama di bulan December

ini budak, mmg susah nak tgk camera

EBM setakat 15 December 2010...Alhamdulillah masih mampu kumpul EBM buat si bulat....

Friday, December 17, 2010

Cun x ??


Kalau aku angkat bakul sendiri, masih larat tau..bukan berat pon..hahahah..topik pagi jumaat, tayang baju baru..1st time beli on9..selama ni takut nak beli, takut saiz x ngam..1st time cuba, sgt tepat, sgt suka...ciri2 baju yang aku carik...cantik dimata aku, kenan dihati aku, x ketat menjolok mata dan paling penting BESAR sbb senang nak SELAK tok BF Syura..kah kah..UTAMAKAN ANAK YER....

APA PENDAPAT U ALLS???

P/s: lupa nak tulis beli kat mana..hihihi..LOG IN FB cari nama JUALAN HARGA PATUT....


Wednesday, December 15, 2010

esok HARI ASYURA bersamaan 10 MUHARRAM

Kawan2, sok adalah HARI ASYURA..mari kita sama2 ambil keberkatan dariNya

  1. Melapangkan masa / belanja anak dan isteri
  2. Memuliakan fakir miskin
  3. Menahan marah
  4. Menunjukkan jalan yang lurus/membetuli orang sesat/orang yang salah(terpesong aqidah(tauhid) dan akhlaknya)
  5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliakan mereka)
  6. Bersedekah
  7. Memelihara kehormatan diri
  8. Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak
  10. Membaca Qulhuwallah(Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali
  11. Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa
  13. Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

Tuesday, December 14, 2010

Vote for Syura

Kawan2..meh la Vote untu my Syura...masuk link SINI ek..TQ

Laksanakan Niat...

ok, aku ada niat tau..kalau menang contest, aku lak nak anjurkan contest...maklumla 1st time menang...Contest akan bermula March 2011 dan berakhir April 2011...masa tu usia Anak Daraku ASYURA + Anak Terunaku ADAM 1tahun 6bulan...

ok, intan akan anjurkan contest Baby Bersama EBM...markah dikira berdasarkan
1-Gambar menarik Baby anda dan EBMnya (Paling Utama)
2-Kuantiti EBM( Sampingan)
3-Slogan Menarik (Sampingan)

Intan ada 2 org JURI JEMPUTAN yang xde kene mengena ngan DUNIA BLOGGER. Jadi pada kawan2 yang berminat, nantikan kemunculan Contest ni...Kumpul la EBM sebanyak mungkin yer...Hadiah2 menarik menanti kalian..berupa BARANGAN DARI SABAH

1st time menang Contest


GAMBAR DAH KATA2 YANG IBU PERTARUHKAN

Kepesatan arus permodenan kerap mempengaruhi pemikiran dan budaya hidup bagi mereka yang bergelar ibu bekerjaya. Dewasa ini penyusuan susu ibu dianggap leceh, kolot dan memalukan. Tapi bagi ibu, anggapan itu adalah satu kekalahan besar seorang ibu. Walau terdapat deretan dan lambakan SUSU FORMULA yang dicanang kehebatannya, tapi belum ada yang dapat menandingi KEHEBATAN SUSU IBU. SUSU IBU permulaan kejayaan dan perkembangan sahsiah dan intelektual anakku.

Walau kudratku terhad, masa kian terbatas, arus rintangan yang datang bak tsunami tetapi azam dan semangatku sentiasa membakar, menjadi nadi kekuatan untuk beri yang TERBAIK untuk anak2. Inilah hadiah terbaik yang mampu ibu berikan buat kalian - Edisi Terhad : SUSU IBU.

Hubungan ini tidak akan terputus kerana darah yang mengalir dalam tubuh anak2ku, datangnya dari nutrien susu badanku . Inilah kegemilanganku sebagai seorang ibu muda. DETIK2 INDAH SEORANG IBU


Kawan2....ibu ngan syura menang contest..1st time menang ok walau saguhati...hihihi...bangga i..suka2...meh tgk sapa lagi menang kat link ni...MY BLING MOMENT BREASTFEEDING...tahniah pada semua yg berjaya, pada yang x berjaya tunggu MY CONTEST pulak yer....

Monday, December 13, 2010

Roasted Chicken Wing





Menu Dinner...Roasted Chicken Wing with Brown Sauce..sejak ada oven ni, mmg rajin masak2 sbb ada PERALATAN LENGKAP...hahahah..sok tgk je la bil api ekk...layannnn..janji aku happy, anak happy, suami happy....

Mode: RINDU SAAT BEKERJA DI HOTEL 5TAHUN LALU

Anak2 dan Madu Khaula


Korang tau x sepanjang 3mggu aku mengalami masalah EMOSI...EMOSI tentang kesihatan anak2...x perasan ek?? sebab aku nampak HAPPY je kan...hahahah..Masalah xleh diluahkan dr RAUT WAJAH...petua sentiasa nampak MUDA REMAJA..hahahah...melalut dah ekk..tp ni la hakikat diri aku...sentiasa HAPPY, HAPPY and HAPPY..kalau aku muram je, camner ngan SUSU IBU, camner ngan ANAK2, camner ngan SUAMI....apa yg aku leh lakukan...USAHA, DOA, IKHTIAR dan TAWAKAL padanya...

korang nak tau Syura batuk 3 mggu x baik2...mcm2 klinik, mcm2 ubat, siap bawak g pakar Hospital Selayang, siap amik Nebulizer tp x jadi apa pon...Makan muntah, Batuk muntah..paling seksa MUNTAH MALAM....almaklumla umah TERES 16 tingkat, duk tingkat 3...duk dekat ngan GUA, dekat ngan GENTING...kalau korang sejuk, aku ni berganda sejuknyer....sian anak2 la kan.

setelah letih aku memikirkan apa lagi nak buat dengan batuk yang x reda2, aku mula tanya pada kawan2 yg amalkan MADU...selalu dengar MADU elok tok batuk2 kan...mereka sujjest MADU KHAULA...MAHAL asalkan mujarab, aku x kisah..RM65 1 botol...dia ada bacaan sebelum bagi makan tp kalau x sempat tuh, aku bacakan Al-Fatihah ngan Selawat Nabi sebanyak 3kali....bagi pon skit je ujung2 sudu tu kan...Asyura +Qistina dua2 aku bagi..depa elok je nelan..Ibu yang x tertelan..huwaaaaaa..ngada2 Ibu ek...

Alhamdulillah arini dah 4hari amalkan Madu Khaula...Mereka kembali pulih sepenuhnya TETAPI bateri depa dan macam SUPER CHARGER...xde WEAK2 la pulak...loteh den ni ha...makin KURUS la gini...jangan tinggal 35kg sudah la yer...

So, sesapa nak cuba madu ni, leh dapatkan kat pasaraya yg ada stall2 kecil or intan beli kat UIA..ada ustazah jual...selamat mencuba yer...

Cermin Mata Baru....


Cantik x? kira New Look 2011

Itik pulang petang

video

Monday, December 6, 2010

Masak Memasak

MIXER ngan OVEN saya

Chocolate Cake

Marble Cheese Cake

Blueberry n Strawberry Cheese Tart

Layan gambar dulu yer...ni aktiviti sepanjang minggu lepas...Almaklumla En Hubby baru belikan Mixer ngan Oven...

Tuesday, November 30, 2010

EBM November + Syura 14months

BUAH HATI KESAYANGAN KAMI

FULL OF DF

All EBM


NOVEMBER 30x8oz

Syura dah hampir 14bulan..berat 10.3kg..EBM November x termasuk semalam n arini sebanyak 30 x 8oz...Alhamdulillah...REzeki dr Allah

Thursday, November 25, 2010

Syura dah jalan kawan2...

Happy kan bila anak yang dikandungkan selamat lahir ke dunia, membesar dengan sempurna dan skrg dah mengorak langkah pertama...walau anak ke 2, aku tetap ternanti2 saat tu..cuma bezanya kakak dulu awal, 1tahun dah jalan, adik biasala manja skit..1 tahun 1bulan 20hari...tp adik terus melangkah dengan jayanya...good job bam...ibu bangga ada anak seperti kalian....

kawan2, maaf yer kualiti video kurang memuaskan..sila telengkan kepala anda...

video

Wednesday, November 24, 2010

Cerita pasal SUSU IBU


Dah lama rasanya x bebel pasal SUSU IBU...lama ker?? kang korang bosan lak..asik citer sama je kan...so arini nak bebel2 skit je..tok peringatan sendiri dan juga rakan2 seperjuangan or yg bakal berjuang or bakal ikut jejak langkah saya...cewahhhh..ni dah merapu namanya...

skrg dah nak end November, Syura masih guna EBM June 2010...adalagi beberapa ketul la yang 8oz tu..x kira lak...fyi Syura is fully EBM..yang FRESH just simpan n bekukan....knp???? sbb xmo susu tu exp or lama sangat dalam DF tuh...skrg ni output alhamdulillah cukup keperluan Syura seharian n adakala terlebih sudah....Syukur....skrg Syura just minum 16oz...."saya sudah besar"...hahahaha...makanya WAJIB untuk aku bekukan 16oz sehari...Disebabkan syura fully EBM means fully SUSU BEKU, makanya SUSU FRESH leh la aku bekukan SEMUA...

camner aku kira susu??? gini2...i pon belajar dari KAK MIEJA sehari Syura akan minum 16oz..sebulan keje 20hari...makanya kene sediakan 320oz sebulan...bersamaan 40ketul x 8oz....

16oz x 20hari = 320oz = 40ketul x 8 oz...

agak2 korang paham x ek??? ini la yg aku lakukan supaya susu sentiasa cukup dikala susah dan senang...kene keje keras skit la kan..

so, EBM yang ada sekarang cukup sehinggan Syura berumur 1tahun 6bulan...so aku kene keje keras untuk lagi 6bulan..selepas tu, lengkap la penyusuan susu ibu 2tahun...InsyaAllah...

Need Your Support. Perjuangan Kita Bersama

My Bling Moment : Breastfeeding

Mari turut serta MySuperKids
Ibu support pelancaran BLOG SUSU SIHAT
Sekalung Budi buat BLING BUUBIES


Kepesatan arus permodenan kerap mempengaruhi pemikiran dan budaya hidup bagi mereka yang bergelar ibu bekerjaya. Dewasa ini penyusuan susu ibu dianggap leceh, kolot dan memalukan. Tapi bagi ibu, anggapan itu adalah satu kekalahan besar seorang ibu. Walau terdapat deretan dan lambakan SUSU FORMULA yang dicanang kehebatannya, tapi belum ada yang dapat menandingi KEHEBATAN SUSU IBU. SUSU IBU permulaan kejayaan dan perkembangan sahsiah dan intelektual anakku.

Walau kudratku terhad, masa kian terbatas, arus rintangan yang datang bak tsunami tetapi azam dan semangatku sentiasa membakar, menjadi nadi kekuatan untuk beri yang TERBAIK untuk anak2. Inilah hadiah terbaik yang mampu ibu berikan buat kalian - Edisi Terhad : SUSU IBU.

Hubungan ini tidak akan terputus kerana darah yang mengalir dalam tubuh anak2ku, datangnya dari nutrien susu badanku . Inilah kegemilanganku sebagai seorang ibu muda. DETIK2 INDAH SEORANG IBU

P/s: join contest HERE

Tuesday, November 23, 2010

Syura da semakin sembuh


Last weekend Syura x sihat..nak kata demam kuat , xde la jugak tp sbb berkahak n selsema, badan jadi suam2 gitu..peluh tetap peluh...selsema n batuk yang agak teruk...n now dah kembali sembuh. dia nak makan tp makan je asik muntah...arini makan dah x muntah ..sian kan..mulut amam amam..bg sikit, dia x puas, bg banyak kang terbatuk dah muntah..lapo lagi...sian anak ibu..2hr ni duk umah ngan opah kebetulan yaya g New Zealand..opah mmg jaga yaya je..anak2 aku duk umah baby sitter...

dah 2 hr idung syura betanda ngan kunyit idop + kapo sireh..petua org2 tua untuk legakan selsema n bagi cepat pekat..idak la meleleh je hingus tu..ni la petua yg aku guna since anak 1 lagi..sangat2 berkesan...

BIAR COMOT ASAL TIDO LENA....SYURA TETAP COMEL KAN??

Terima Kasih pada SEMUA

Menjawab persoalan tentang Meeting yg aku tolak tu....Mmg leh pam n stok banyak, tapi aku x sanggup nak pisah DIRECT FEEDING waktu malam ngan anak sekecil Syura..selagi boleh, aku akan bg alasan yang kukuh...since dr mula aku plan BF, boss dah bagi support sampai la skrg..syukur sangat2..boss lelaki tu..cina pulak tu..sangat2 memahami..

aku tau, ketidak hadiran aku sedikit sebanyak cacat Meeting tu sbb aku salah sorang shareholder...jawatan ni pon baru je aku sandang...rezeki anak2 kan...sorang melayu dalam company ni, tp rezeki tu berpihak pada aku...tuah manusia hanya Allah yang tahu..hik hik..Syukur...

Qistina mula pisah malam ngan aku masa umur 4tahun..sebelum tu LANGSUNG x penah pisah...aku sanggup turun naik bilik bos kerana FAMILY...boss faham janji kita JUJUR n TERUS TERANG..mungkin ni satu kelebihan company PRIVATE kot..GOV payah gak nak tolak sentiasa kan...Syura baru setahun aku nak PISAH walau 3hari??? OH NO NO NO....aku tau mesti oversea tu sbb x leh bawak family...sblm ni kat BUKIT TINGGI, boss cover 1 FAMILY...syok kan...CAMERON HIGHLAND pon sama

So x perlu risau lagi...aku leh Skip Annual Meeting....but any Quarter Meeting xleh lari ar.....Jeng Jeng....

Monday, November 22, 2010

keputusan yang TERBAIK

Aku gundah gulana dapat email ni pagi tadi

dear all,
please reserve these few days for our very important annual meeting, we need to plan business strategy for year 2011.
For the staff who receive my email, you are chosen to be our business partners, please prepare yourself to accept the new year challenge!
Date: 7 January 2011 to 9 January 2011
Venue: To be advised
P/S: Strictly not family members allow.


intan
If it is inconvenient to you, then you can excuse yourself from the meeting. We may invite you again in our next meeting when you are ready.


Alhamdulillah Allah dengar Rintihan hati hambanya ini...Aku xmo tinggalkan family lagi2 Syura yang masih SUSU IBU..pengorbanan yang aku lakukan hanya untuk anak2 n keluarga..insyaAllah rezeki akan datang lagi...
For your info, bos suka g meeting kat Oversea..mmg semua FREE tapi anak lebih BERHARGA bagi aku

2009 - Phuket - Pregnant
2010 - X confirm (oversea) - Breastfeeding...


Dibo n Elo teman baru anak





Comel x patung2 ni??? comel kan...jangan tipu ekkk...kui kui...

Masa raya haji ritu dah jumpa benda ni tp ayah kata tggu weekedn kot2 ada sale...makanya kak tina dok sabo tggu hari ahad...kira hari je..

Smlm kami pon tunaikan hajat kat tina nak beli Mr DIBO..si adik da xmo lepas dr ELO...beli la keduanya...sangat comel..ibu pon suka...rege???? DIBO RM59.90..ELO n kawan2 yang lain cam CRO, ANIE, BUNNY RM49.90...DIBO mahal skit sbb dia besar then poket dia mmg ada HADIAH...hahahahaa...rasanya ni 1st time ayah belikan anak2 dia patung2....selalunya org bagi jek...

MEREKA SANGAT HAPPY DENGAN KEHADIRAN TEMAN BARU...


Saturday, November 20, 2010

Sardin n Homemade Wedges


Bahan:
1 tin sardin cap ayam
Bawang merah, putih n bawang besar
Asam Keping
Cili boh

Tumis kesemua bawang sampai naik bau, masukkan cili boh dan pati air sadin tuh...kasi smpi cili boh masak...masukkan ikan sadin n hirisan bawang besar...buh le garam perasa n secubit gula sebagai pelengkap masakan


Bahan:
Russet Potato
Tepung Jagung
Serbuk Kari dan Serbuk Kunyit
Cili Boh
Telur
Garam n perasa

Potong kentang sedang2..jangan besar kang x masak...gaulkan bersama tepung jagung, serbuk kari,cili boh, telor n bahan perasa..perap 15min dan goreng...

Kembung masak pindang

Bahan:
Ikan Kembung
Serai
Lengkuas
Halia
Asam Keping
Air
Bawang merah n putih


Rebus air, masuk bawang merah, putih, halia, lengkuas, serai..masukkan ikan n asam keping..sesuai tuk ibu dalam pantang...

Angel Hair with Carrot Potato Soup


Bahan:
Pasta jenis Angel Hair
Onion n Garlic
Butter or Olive Oil
Italian Herbas
Carrot and Russet Potato
Sliced Chicken

Rebus pasta. Tumis onion garlic n italian herbs..tumis gak ayam n carrot potato..carrot potato tu suka2 la nak potong camner ekk...pastu masuk air....sudah siap...aku suka russet potato sbb gebas gebus n senang empuk..x macam kentang holland adakala hempuk2 pon x empuk..

UNTUK IBU BEKERJAYA CAM SAYA

Fried Spaghetti with Tomato Paste


Bahan:
Pasta jenis Spaghetti
Italian Herbs
Butter or Olive Oil
Onion n Garlic
Tomato Paste
Sliced Chicken

Rebus pasta. Tumis onoin garlic n italian herbs...tumis sekali hirisan ayam. masukkan tomato paste n pasta..goreng bersama ala2 mee goreng..nak pedas boh la cili..da siap..

MENU SIMPLE TOK IBU BEKERJAYA CAM SAYA

Spiral with Tuna Creamy


Bahan2:
Pasta Spiral
Tuna Chunky in SunFlower Oil
Tuna in Mayonaise
Italian Herbs
Onion and Garlic
Butter or Olive Oil
Whipping Cream or Thickened Cream
Carrot

Tumis onion and garlic ngan butter or olive oil sampai naik bau..masukkan italian herbs skit. pastu tumis carrot tu bersama2...masukkan kedua2 jenis tuna tadi ikut jumlah pasta la yer..jangan banyak sgt or kurang sgt...masukkan whiiping cream. last masukkan pasta spiral tu..agak2 nak basah, buh air skit...sapa nak pedas, sila buh cili or lada itam...SAYA X MAKAN PEDAS..kui kui..

SELAMAT MENCUBA...MENU SIMPLE UNTUK IBU BEKERJAYA...

Friday, November 19, 2010

Sekolah Baru Qistina


Ni la ragam ibu2 time anak dah besar n bakal melangkah masuk ke alam persekolahan..aku x lari dr semua tu...semua ibu nak kan yg terbaik untuk anak2 mereka..zaman anak2 kita nanti, x macam zaman kita dulu..skrg ni sapa lambat, kompom tertinggal...time kita dulu darjah 1 pon ada yg x pandai membaca, budak2 skrg darjah 1 x pandai membaca, mmg jauh ketinggalan..kesian kan..saingan begitu banyak..korang pon tau org yg ada Degree dah bersepah kat Malaysia ni..x macam dulu2...

5tahun Tina sekolah agama Pra Jais...Alhamdulillah dr segi Agama, aku cukup puji pencapaian dia..Alhamdulillah..Iqra' pon nak masuk stage 3..x tau la kalau anak2 korang dah ada yg lebih jauh..bab hafalan Doa..alhamdulillah sempurna bg kanak2 usia dia...Surah2 yg pendek, dia dah hafal..sejuk hati ibu..kadang Al-Fatihah sambil jalan2...

Jadi aku survey 3 sekolah yg dirasakan terbaik untuk kanak2 seusianya...rasanya rata2 korang pon tau la pencapaian sekolah2 ni...jangan kata aku "berada" lak sbb masukkan anak sekolah ni tp seperti yg aku kata "nak terbaik untuk anak" seperti mana aku susukan syura "nak yg terbaik untuk anak"..

1- Smart Reader
2- Children Islamic School (CIC)
3- Qdess

Smart Reader
Testimoni anak buah sendiri..pelajar terbaik smart reader branch Selayang Baru n now dah sekolah rendah tempat ke 6 dikalangan murid tahun 1..not bad rite??..bukan nak anak kita perfect atleast cuba setakat mana yg dia mampu, disamping tu kita kene bagi la input yg sepatutnya...transpot xde masalah..pergi aku anta, balik van sekolah amik sent to rumah baby sitter...yuran??? secara jujurnya aku dah daftar RM1174.40 termasuk yuran Dec 2011 + Jan 2011..SR ni sekolah sampai December..ni yuran tahunan..bulanan RM270 ..x macam sekolah2 lain yg habis November...yuran tu x termasuk set buku Rm200++..belum decide sbb nak kene test Tina level mana which is dia ada 3 level..kalau 5tahun mmg kat situ, tau la dia level mana..ni 5tahun sekolah lain..so total anggaran RM1500 gak la kan +-

CIC
Baru nak bukak kat Prima Gombak..1st xde transpot yg boleh anta sampai umah baby sitter...x kompom lagi bukak bulan brp sbb branch BARU..guru2 semua fresh2 lagi...blm ada banyak pengalaman...yuran RM500++ tahunan n bulanan RM250..Aku prefer dia half day je then balik umah baby sitter..XMO PISAHKAN ADIK n KAKAK..lagipon sekolah ni day care dr budak 2tahun ke atas...sah2 Syura xleh join..n aku dah rasa ngan baby sitter skrg...

Qdees
Ni dah lama gak beroperasi tp still dengan masalah transport..yuran tahunan x pasti tapi lebih kurang SR mgkn murah skit..bulanan RM200++ gak..lupa dah sbb dah lama survey yang ni...

Maka aku n hubby decided nak anta Tina kat Smart reader..Tina jenis mudah bawak diri, x kisah la di mana pon, dia leh sesuaikan dengan keadaan..bab tu aku x risau..TINA GOOD GIRL...insyaAllah ibu akan anta kakak kelas Iqra' pada sebelah malam...

Bab duit, no 2 ibu ayah sanggup kuarkan simpanan tuk pembelajaran anak2...moga Kakak jadi anak yg bijak, dengar kata ibu ayah n berjaya ke menara gading...

kepada ibu2 yang anak masih kecil, menabungla dr sekarang untuk masa depan anak korang...