BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 31, 2010

EBM March 2010 @ Syura 6 Months

Tuan Punya Susu

Freezer dah x muat, so mintak izin Fridge 2 Door la...
April kompom simpan sini ( sebahagian March punya)

Plastik putih n yg sepah2 tu la March punya...

Salam semua..ibu tidak mahu bercerita panjang..seperti, apabila bulan berganti bulan, ibu akan update EBM Cik Bam @ Pempot @ Syura ..Dia masih maintain 20oz per day. Bulan April start makan..

Bulan ni ibu ada 3hari cuti dan bulan march ni ibu banyak bagi yang fresh je pada Syura..So, ibu cuma dapat kumpul:-

8oz x 47ketul : 376oz

Stok December ibu baru usik dalam:-

8oz x 10ketul : 80oz

Masih banyak lagi, dalam 40ketul x 8oz lagi..stok January ngan February memang langsung belum berusik...

Semoga niat suci ibu direstui olehNya..Amin...

Monday, March 29, 2010

Tiara Beach Resort PD

Bulatnyer mata adik

Sayang anak2 ibu n ayah..

Orang kata Syura ikut muka ayah, iyer ker??

Kasi can adik main air..

Ibu breakfast, adik pon nak juga..NC tetinggal, tudung pon jadi la..

Suka kakak yer..

Ibu + Ayah

Adik dah tdo..Ibu sedap la makan

Happy Family

Syura besar kan?? Ibu??

Boring tunggu orang habis berendam, ada xde can ke bu??

Syok kan?? xyah g pantai pon...


Sabtu n ahad lepas kami g bercuti kat Tiara Beach resort Port Dickson..saja bawak anak2 makan angin..Jom layan gambar2 k...

Thursday, March 25, 2010

Tiada Ruang Lagi??


Pesal ekk tajuk camni?? sebenarnya balik keje tadi, aku kemas2 skit DF tu tapi xleh nak kemas dah sbb dah terlampau full. xde dah ruang2 kosong..sume dah ku selit dengan susu2..

Syukur padaMu Ya Allah kerana dikurniakan susu semeriah ini..mgkn ada lagi yg lebih meriah tapi ini sudah cukup membanggakan diriku...bak kata org " susu tengah meriah" rajin2 buat stok..InsyaAllah aku akan igt kata2 tu..

Pada family, kawan2 terutamanya EN AYAH..time kasih sbb sentiasa support diri ini..

Kepada opismate EN AYAH, time kasih sbb sudi jengah2 "pondok usang" ni yer..rajin2 la bertandang sambil di hidangkan dengan cerita2 yg x seberapa ni buat tatapan anda..hihih

Tuesday, March 23, 2010

Syura Selsema

Muka orang sakit???

Alkisah Syura selsema..ibu dah 2 hari x keje..sian tengok si kecik ni even dia bukan jenis meragam..lagipon since pas maternity, ibu jarang amik MC..so alang2 sesekali apa salahnya..

Pagi tadi bawak g kenek..doc x bg ubat makan pon just bagi ubat masuk ikut hidung...pastu borak2 ngan doc cam biasa la..dah jumpa, payah nak balik kan..time nak kuar bilik doc, saja jek timbang Syura ..sekali naik penimbang nah...8.1kg (belum 6bulan tau!!)..betul ke timbang ni doc..walllaawei..patut la rebeh dah ibu dokong Syura.. berat ibu cuma 40kg jek..anak2 lebih besar dr ibu ni...Qistina 20kg tau..

Tapi, xpe asalkan anak2 ibu sihat2..Montel2 la best kan..sume orang suka..lagi2 Syura ni ramah..pantang org tegur or senyum...dia pon SENYUM kembali...hahha..Good girl anak2 ibu..Qistina punya ramah x yah citer la, sapa penah jumpa, makan org tu tau la sapa Qistina...

Makan Apakah Malam Tadi???

Baby Kiko pon dah ada FREE BPA ok!!..Murah lak tu..

B Kiri 7.5oz & B Kanan 5.5oz

Syokkan tajuk ni..seperti ibu2 yg lain, kalau dpt output yg urrmppp..pasti tertanya2, makan apa, minum apa ..sama gak ngan aku..dah lama x dapat byk gini pkl 6 pagi..masa 2-4bulan dulu mmg hari2 la gini tapi sejak sekecil dah nak 6 bulan ni, agak payah la..biasanya 7-8oz je..

Arini ibu dapat 13oz..syokkan..tu yg dok pikir ibu makan apa..tp malam tadi makan nasi, telur bistik ngan tomyam campor..air sunquick oren ngan corneto cremo made in Giant..rasanya xde kene mengena ngan output ibu la..

Ala, alam Bf ni mmg ada pasang surut kan, mungkin ni time "air pasang" la..hihih..syukur alhamdulillah..dpt la simpan stok banyak skit...

Monday, March 22, 2010

Aksi Kuak Meniarap YAYA


Entry ni bukan untu Syura tapo korang leh layan gak la gambar Syura yg comei ni..entry khas tuk cik YAYA nun dibelakang sana...

Mak long x tau la YAYA buat apa sebenarnya..nak kata nerap bukan, telentang bukan..apa2 je la YAYA oiii...org tengah lasak kan...Be A Good Girl Ok...

Sunday, March 21, 2010

Syura Terkini



1- Masih susu ibu sepenuhnya..Alhamdulillah
2- Suka main jerit2
3- Dah ada gigi 2batang
4- Dah terror meniarap sampai guling2
5- Masih tido berbedung
6- X boleh tengok ibu pakai tudung

Wednesday, March 10, 2010

Budak Kaca Mata

AQIL AIMAN BIN MOHD AZMAN

UDAIMATUNNUR QISTINA BINTI ABDUL RAHMAN

DHIYA SOFEA BINTI SHARIL AZRI

Semalam aku dpt MMS dr adik aku...gambar adik tiri aku, 1 bapak lain mak, dah ber KACA MATA..uwaaa..sian Aqil, kecik2 dah kene berkaca mata...tapi nak buat camner yer dik, kita dah ketutunan..dr atuk nenek, mak abah, kakak2 sume berkaca mata..angah je x...huhuhu

Selesa ke pakai spec Qil??..kompom x best kan cam yong mula2 pakai dulu tp, Aqil ni cepat sgt..darjah 1 dah pakai..power n silau kuat lak tu..sian adik yong ni..yong dulu darjah 3 baru pakai...la ni power dah 300++...

Xpe, kalau Aqil, nak berjaya kat sekolah, Aqil kene pakai k..nanti x nampak apa cikgu ajar.. Aqil nak jadi Handsome Boy kan, so kene pakai (ayat pujuk adik bg dia selesa)...

P/S: 2 lagi gambar sebagai hiasan..ahaks...

Tuesday, March 9, 2010

Syura 5 Months


Tadi aku g kenek ngan ayah bawak Syura inject 5 bulan...app pkl 9 tapi pkl 8 dah sampai..punya la ramai org...sampai2, timbang dulu..nah!!!..7.5kg..kus semangat anak ibu...pastu tggu no nak masuk bilik check up..kita no 61..

Tiba giliran, masuk dlm bilik, nurse kata "ha, ni la budak yg dah tindik telinga tu yer" smbil pandang Syura..Syura pon gedik sengeh2..pantang org tegur....pastu nurse tanya perkembangan Syura..

1) dah meniarap dengan jayanya
2) tumbuh gigi 2 batang..dlm proses lagi 2 batang, dah nampak putih ngan kasarnya cuma lom muncul sepenuhnya..
3) pantang orang sebut nama
4) suka capai barang depan mata

pastu kita tggu turn untuk cocok..tiba time, ibu pon masuk..as usual, ibu dah ready sbb td pakaikan gaun je..masuk je jarum, bunyi EK..sekali je..dgn pantas ibu wat muka badut, aksi badut sambil acah2 Syura..good girl..x jadi nangis..hahahha...kuar bili, sume tgk sbb sblm ni yg kuar kompom bercucuran air mata...sekali ku terdengar "ha, padan ngan orangnya, besar kuat la x nangis"..wakakaak...

10.30 sume selesai... ibu ajak ayah g sarapan jap...lapar gila maklumla kuar umah x makan lagi..pastu anta Syura mah mama, terus g kojo...

Petang amik Syura, good girl..Alhamdulillah x demam...ibu cam biasa ler, petua xnak demam..

1) Balik terus bg ubat
2) Sapu vicks kat injection tu
3) Tampal koyok...

Sunday, March 7, 2010

Syura Growth Spurt @ Pecutan Pertumbuhan



Apa itu GROWTH SPURT @ PECUTAN PERTUMBUHAN??

Apabila bulan2 berlalu, anda dapati bahawa breast anda yang dahulunya penuh dan engorged sebelum setiap penyusuan namun kini kurang penuh dan meleleh seperti tempoh berpantang. Jgn panik, mama. Keadaan ni tak bermaksud susu yang anda hasilkan semakin kurang atau sudah “kering”, tetapi ia membawa maksud penghasilan susu anda semakin CEKAP dan tubuh mama sedang menghasilkan kuantiti susu yang bertepatan dengan permintaan/keperluan baby anda. Disini lah konsep supply and demand mengambil tempat. Jadi, jika anda kerap menyusukan baby ‘on demand’ atau bila2 masa baby perlu, tidak akan ada istilah susu kering atau tak cukup susu.
Tahukah mama baby sedang mengalami “Growth Spurt” ataupun “Pecutan Pertumbuhan” atau macik2 ckp “beralih haribulan”. Time ini selalunya takde angin takde ribut baby meragam sepanjang hari. Kdg2 papa pun boleh tension and gelabah, betul tak? Jgn panik mama. Baby bukan kena sampuk. Kalau check perut baby x kembung jgn pulak susah hati fikir benda lain. Memang inilah perkara biasa anak2 kecil esp yang baru masuk 10 hari, 3 minggu, 1 bulan, 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan, 9 bulan (mengikut umur baby + – ). Tubuh baby memerlukan lebih bnyk susu dan baby perlu sampaikan hakikat ini pada breast mamanya. Dia sdg menghantar signal dgn menghisap lebih bnyk dr biasa, atau cerewet dr biasa dan sedang memberitahu tubuh mama supaya hasilkan lebih susu utk perkembangan tumbesarannya. Dan tubuh anda akan hasilkan lebih bnyk susu pd hari-hari berikutnya (jika anda menyusu baby lebih kerap pd hari ‘mengamuk’ nya).


Setelah seminggu membuat analisis (ayat skema)..aku dapati kata2 LC2 yg aku rujuk, benar belaka iaitu Syura mengalami Growth Spurt..Sejak kuar gigi n pandai menerap ni la..dia x meragam, x menangis sbb she's good girl tapi permintaan terhadap SUSU IBU ni sangat2 tinggi...kalau dulu minum 4 oz ada gak skit2 balance, la ni bagi 5oz pon dia bedal..dah kering botol pon masih isap lagik..sekarang WAJIB bekalkan 4-5oz kali 5botol per day...yuhuuuu....semangat seh....pkl 6.45 ibu amik Syura, mmg laju je mulut halakan ke Tek ibu..amboiii....Masih x cukup lagi???

Kalau dulu jugak, malam akan bgn 2kali dr pkl 11pm - 6am tapi skrg tidak..4-5kali..walaweiii....kilang ibu WAJIB bekerja PANTAS...mmg dah jarang rasa bengkak....hihihi...kalau dia x kenyang, dia akan meragam, ini TIDAK....dia x MERAGAM tapi nak SUSU IBU...suka2...LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB ANDA...

4.4.10 nanti, Syura genap 6 bulan..so, adik dah leh mula makan...la ni, adik leleh air liur je la ekk...gigi pon nak kuar lagi 3 batang tuh....PANTAS sungguh anak ibu ni...nak LAWAN kakak Tina yer....

P/S: article atas tu intan dr Blog SARAKIDS...Thanks for the INFO